Wednesday, May 9, 2012

Bahan Pengajaran Dan Pembalajaran


Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat pengajarannya pada hari itu.  Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid untuk aktiviti pembelajaran.  Bahan pengajaran dan pembelajaran dapat memberi kesan perkembangan tingkahlaku murid dari segi kognitif, emosi, sosial dan estetika


RUANG PEMBELAJARAN

Ruang pembelajaran terdapat di dalam bangunan. Biasanya di bahagikan kepada sudut-sudut tertentu untuk mempelbagaikan aktiviti-aktiviti. Sudut-sudut pembelajaran adalah sudut sains dan matematik, sudut bacaan, sudut drama, sudut seni dan kraf, sudut komputer dan sudut muzik. Kanak-kanak berpeluang untuk membuat pilihan menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangannya.

Guru merancang, menyusun, membangunkan sudut pembelajaran serta memudahcara aktiviti sewaktu kanak-kanak berada di sudut pembelajaran yang dipilih. Berikut adalah cadangan membangunkan sudut pembelajaran;
·         Saiz kawasan aktiviti
·         Dapat memberi peluang menjalankan aktiviti individu dan kumpulan
·         Meletakkan peralatan dan bahan yang menepati konsep aktiviti.
·         Ditukar ganti bahan dan peralatan untuk setiap topik yang berbeza
·         Kedudukan sudut pembelajaran mudah diselia oleh guru sewaktu aktiviti dijalankan.
·         Perkembangan teknologi pada masa kini menjadikan komputer sebagai salah satu peralatan yang diperlukan di kelas prasekolah. Pengetahuan penggunaan komputer perlu didedahkan kepada semua pihak yang terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak.


PEMILIHAN
Persoalan yang selalu dikemukakan sebagai panduan pemilihan bahan pembelajaran dan pengajaran adalah seperti berikut;

·         Adakah peralatan dan bahan  menyokong pembelajaran kanak-kanak?
·         Adakah saiz peralatan sesuai dengan kanak-kanak?
·         Adakah peralatan itu selamat digunakan?
·         Adakah bahan dan peralatan itu lasak dan tahan lama?
·         Adakah peralatan dan bahan itu mempunyai ruang untuk ditempatkan?
·         Adakah paeralatan dan bahan itu boleh dibina daripada membeli?
·         Adakah peralatan dan bahan itu ada nilai estetika?
·         Adakah peralatan dan bahan itu mudah dibersihkan dan selengarakan?
·         Pemilihan perisian komputer
-       bersesuaian dengan umur
-       kawal selia kanak-kanak
-       arahan yang jelas
-       aktiviti mudah ke mencabar
-       kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti sendiri dengan sedikit bimbingan guru
-       berorientasikan proses
-       gambaran model berdasarkan alam nyata

PENGURUSAN

Nilai yang positif dapat dilaksanakan dalam pengurusan peralatan dan bahan pengajaran seperti berikut:

·         Menukar bahan pengajaran mengikut konsep aktiviti dari masa ke semasa untuk mendorong pembelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak.
·         Membimbing kanak-kanak mengemas dan menyusun semula bahan dan peralatan selepas menjalankan aktiviti pembelajaran.
·         Menyelengara bahan dan peralatan dari masa ke semasa dari masa ke semasa.
·         Melibatkan komuniti dan agensi yang berkaitan dengan bidang pendidikan awal kanak-kanak untuk mendapatkan sumbangan bahan dan peralatan.
·         Memberi guru pendedahan dan kursus pengendalian komputer.

Persekitaran Pembalajaran - Luar Bangunan


Apakah reaksi kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan ketika berada diluar bangunan?
·         Fizikal
-         alat mainan perlu mengambilkira kesesuaian dari segi saiz dan ukuran untuk kanak-kanak seperti buaian, gelonsor, jongkang-jongkit

·         Sosial
-          interaksi bersama kawan sewaktu bermain; aktiviti berkumpulan; nilai

·         Bahasa
-    pendedahan persekitaran; arahan dan pertuturan permainan (guru) ; interaksi dengan rakan.

·         Kognitif
-          peralatan mudah ke sukar; aktiviti mencabar minda

·         Deria (penerokaan)
-      membuat pengamatan menggunakan deria kepada sesuatu perkara yang belum pernah diketahui

·         kreatif (ekspresi)
-          menggunakan daya kreatif terhadap peralatan yang disediakan.

·         Alam semulajadi
-          menghargai dan menjaga persekitaran.


LANSKAP

·         Reka bentuk permainan tradisional
Dapat melatih dan meningkatkan kemahiran fizikal .

·         Reka bentuk kontemporari
Dapat mendorong penerokaan dan menceriakan

·         Reka bentuk permukaan bumi
Dapat mendorong kanak-kanak menggunakan alam semulajadi untuk  
kemahiran fizikal

·         Reka bentuk kreatif
    Dapat mendorong penglibatan kanak-kanak secara individu atau kumpulan


Persekitaran Pembalajaran - Dalam Bangunan


Struktur fizikal bangunan yang sedia ada seperti berikut:

Ruang
Keluasan ruang hendaklah menepati syarat penubuhan taska dan prasekolah. Jika ruang yang luas dan tidak ada susun atur yang bersistem boleh mempengaruhi kanak-kanak kepada tingkahlaku agresif. Jika ruang yang menepati penyusunan suasana pembelajaran ia dapat mempengaruhi tingkahlaku yang positif.

Bentuk
Bentuk bilik segi empat sama  sukar disusun. Laluan trafik sempit dan pergerakan terhad. Mudah menyelia kanak-kanak dan perlu keprihatinan. Kanak-kanak mudah berinteraksi dengan rakan sebaya. Dapat membentuk tingkahlaku positif dan segi sosialisasi dan kognitif.

Bentuk bilik segi empat tepat mudah disusun. Laluan trafik selesa dan memudahkan pergerakan. Mudah menyelia kanak-kanak. Kanak-kanak mudah berinteraksi dengan rakan sebaya. Tingkahlaku positif dari segi sosialis dan kognitif.

Bilik berbentuk huruf ‘L’ sukar untuk menyelia kanak-kanak. Laluan trafik selesa dengan pelbagai hala pergerakan. Tingkahlaku positif dari segi sosialisasi dan kognitif.


Tingkap dan pintu
Tingkap dapat membantu pencahayaan semulajadi ke dalam bangunan. Ruang melukis dan membaca sesuai kedudukannya dekat dengan tingkap. Pintu utama yang merupakan laluan masuk ke dalam bangunan. Pintu kecemasan tidak dibenarkan meletak sebarang bentuk penghalang di depannya. Pintu ke ruang dapur hendaklah ada penghadang pintu dan sentiasa diawasi.


Plug eletrik
Kedudukan plug yang sedia ada hendaklah disesuaikan untuk peralatan teknologi seperti komputer, television dan radio kaset. Gunakan plug eletrik yang bersesuaian dan selamat. Guna penutup plug.
    

Sinki
Saiz dan ketinggian sinki yang sesuai supaya kanak-kanak menggunakan dengan betul. Sediakan tisu atau kain tuala tangan tergantung berdekatan singki. Pastikan kawasan sentiasa kering



Dinding
Ruang dinding disediakan untuk tujuan mempamerkan hasil 
kerja murid secara kreatif. Pemilihan warna dinding hendaklah bersesuaian dengan konsep atau situasi.


Penyusun peralatan mudah ubah dapat membantu;
ü  membentuk tingkahlaku positif kanak-kanak.
ü  menganggarkan bilangan kanak-kanak mengikut keselesaan ruang.
ü  mendorong melakukan aktiviti dengan rakan.
ü  memberi peluang untuk kanak-kanak membuat pilihan aktiviti yang aktif dalam suasana senyap atau bising.


Persekitaran Pembalajaran


Persekitaran pembelajaran merujuk kepada keadaan fizikal tempat murid-murid belajar dan guru mengajar. Persekitaran fizikal mempengaruhi pembelajaran murid dan juga pengajaran guru. Susun atur, pengurusan, saiz, kepadatan, tahap bunyi dan juga warna bilik darjah secara tidak langsung mendorong tingkahlaku murid dan guru.

Kesan tingkahlaku murid terhadap persekitaran pembelajaran yang kondusif:
·         Interaksi positif di kalangan murid.
·         Agihan bahan dan peralatan mencukupi tanpa berebut.
·         Pemilihan bahan dan peralatan membantu penigkatan kognitif.
·         Membantu perkembangan motor kasar dan motor halus menerusi peralatan yang mencabar.
·         Membolehkan murid memilih sendiri dan menggalakkan berdikari.
·         Kemudahan bahan dan peralatan meningkatkan kemahiran dan kecekapan murid.
·         Mendidik murid bertanggungjawab menyimpan bahan dan peralatan ditempatnya.
·         Kanak-kanak terlibat secara aktif apabila matlamat ruang di bilik darjah dijelaskan.

Kesan tingkahlaku guru terhadap persekitaran pembelajaran yang kondusif:
·         Kemudahan bahan dan peralatan yang diperlukan murid memudahkan guru mengajar.
·         Suasana persekitaran yang menarik dan kondusif dapat memberi keselesaan guru mengajar.
·         Keperluan personal dan profesional perlu dipenuhi untuk keselesaan guru mengajar.

Kanak-kanak merasa selesa dalam persekitaran yang mesra dan ceria dari segi susun atur ruang dalam dan luar bangunan. Peralatan perabot yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan saiz dan keperluan kanak-kanak. Pemilihan bahan pengajaran meliputi bahan konventional dan bahan teknologi dapat mempengaruhi perkembangan kognitif dan interaksi kanak-kanak. Persekitaran yang kondusif dapat mendorong inisiatif pembelajaran yang positif.

SUSUN ATUR PERSEKITARAN FIZIKAL
Penyusunan persekitaran dalam bangunan perlu mengambilkira bahagian yang kekal seperti saiz dan bentuk bilik, kedudukan tingkap, dan bahagian yang sedia terbina seperti kabinet. Manakala bahagian yang boleh dialihkan seperti peralatan dan bahan, warna dan tekstur.