Wednesday, May 2, 2012

Kanak-kanak dan Keluarga - Hak Kanak-Kanak

Deklarasi Hak Kanak-Kanak Sedunia telah memperakui manusia mempunyai tanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak. Deklarasi ini adalah penting sebagai garis panduan untuk menjaga kepentingan yang terbaik bagi kanak-kanak. Ibu bapa merupakan orang terbaik untuk membesarkan anak dan menentukan masa depannya. Oleh itu keperluan asas kanak-kanak hendaklah dipenuhi seperti yang termaktub dalam Deklarasi Hak Kanak-kanak;

o   Pembesaran, perkembangan fizikal, mental dan moral.
-           Program pemakanan yang seimbang hendaklah diberikan kepada
ibu bapa bagi menjamin pembesaran kanak-kanak yang sihat dan cergas.
Contohnya program makanan percuma oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

o   Pendidikan asas yang sempurna dan secara percuma.
-           Menyediakan pelbagai pilihan kemudahan perkhidmatan pendidikan
yang berkualiti.
Contohnya,  perkhidmatan awal kanak-kanak yang ditawarkan oleh pihak agensi kerajaan, bukan kerajaan dan badan sukarela.

o   Persefahaman dan kasih sayang.
-               Memupuk kesedaran kesejahteraan keluarga terhadap anak.
Contohnya,  program yang dianjurkan kerajaan dan badan bukan kerajaan seperti

o   Makanan seimbang, perumahan dan rekreasi.
-           Program pemakanan yang seimbang hendaklah diberikan kepada
ibu bapa bagi menjamin pembesaran kanak-kanak yang sihat dan cergas.
Contohnya, Majlis tempatan hendaklah menyediakan kemudahan padang permainan dan taman rekreasi di kawasan perumahan yang mencukupi dan selamat

o   Perlindungan dari sebarang pengabaian, kekejaman dan eksploitasi.
-               Menempatkan kanak-kanak kurang bernasib baik hendaklah
mendapat perlindungan.
Contohnya, seperti rumah kebajikan yang diselenggarakan oleh lihak kerajaan dan bukan kerajaan.


o   Perkembangan di dalam suasana aman dan persaudaraan sejagat.
-           Menyediakan persekitaran dan suasana yang tenteram di kalangan kanak-kanak.
     Contohnya, program pendidikan dan kebudayaan dan sekolah   
     wawasan yang ditubuhkan oleh agensi kerajaan dan bukan 
     kerajaan.

o   Mempunyai nama dan kewarganegaraan.
-               Kanak-kanak perlu dipupuk dan disemai mencintai negara.
Contohnya, menghormati lagu Kebangsaan.

o   Penerimaan rawatan khas bagi kanak-kanak yang cacat dan bantuan khas bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
-           Kemudahan perkhidmatan kesihatan percuma kepada kanak-kanak cacat dan kurang bernasib baik.
            Contohnya, pemeriksaan mata diberi secara percuma.

o   Keutamaan pertolongan semasa kecemasan dan malapetaka.
-               Memberi bantuan mangsa bencana.
Contohnya, bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam.

o   Peluang untuk menikmati hak-hak ini tanpa mengira jantina, fahaman politik dan keturunan.
-               Memberi bantuan atau perkhidmatan kepada semua.


3 comments: