Tuesday, May 1, 2012

Kanak-kanak dan Keluarga - Perubahan keluarga

Institusi sesebuah keluarga pada masa ini telah mengalami perubahan. Mobiliti sosial yang berubah menyebabkan gaya dan corak pendidikan kanak-kanak dalam sesebuah keluarga turut berubah. Perubahan ini disebabkan faktor tempat kerja yang memerlukan penghijrahan dari satu tempat ke tempat lain. Secara tidak langsung keluarga besar semakin mengecil. Pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga pada masa ini tidak lagi tinggal serumah dengan ibu bapa mereka. Secara tidak langsung berlaku perubahan penjagaan anak. Ibu-ibu muda yang berkerjaya memerlukan perkhidmatan penjagaan anak sebagai alternatif.


KELUARGA ASAS

Keluarga asas terdiri daripada suami isteri dan anak. Keluarga ini mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak. Ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya menentukan penjagaan anak. Mereka tinggal di sebuah rumah dilokasi yang berbeza. Biasanya anak-anak akan dijaga oleh pembantu rumah atau dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak. Hubungan kekeluargaan masih lagi berlaku dengan keluarga luas yang mana kadangkala datuk dan nenek diperlukan untuk membantu penjagaan anak. Meski pun jarak, masa dan tempat memisahkan ahli keluarga dalam sesebuah institusi keluarga namun ikatan kekeluargaan dijalin menerusi teknologi, infrastruktur dan pengangkutan. Misalnya teknologi telekomuniksi dapat menghubungkan di antara satu dengan lain. Manakala kemudahan pengakutan dipercepatkan dengan adanya infrastruktur yang serba canggih.




KELUARGA LUAS

Keluarga luas memang menjadi amalan di negara ini seperti juga berlaku negara-negara lain. Keluarga luas terdiri daripada suami, isteri, anak, menantu dan cucu dan saudara yang ada pertalian keluarga. Mereka tinggal di dalam sebuah rumah atau berdekatan. Hubungan kekeluargaan adalah rapat. Keluarga luas saling membantu membantu dalam hal penjagaan anak-anak yang dianggap sebagai tanggunjawab bersama.
Tanggungjawab penjagaan dalam bentuk;




       KELUARGA SEMASA


            i.            IBU/BAPA TUNGGAL


Mengikut kefahaman yang biasa, ibu atau bapa tunggal berlaku apabila salah satu pasangannya tidak lagi bersama menjalani kehidupan berkeluarga. Status tunggal ini boleh disebabkan sama ada suami atau isteri telah meninggal, atau berpisah hidup, Ibu bapa tunggal menggunakan perkhidmataan alternatif untuk penjagaan anak sewaktu mereka berkerja. Ibu bapa tunggal meletakkan penjagaan anak kepada pengasuh atau menghantar anak ke taska. Status mereka yang tidak berkahwin tetapi memelihara anak angkat dikenali sebagai penjaga tunggal.

          ii.            KENENEKDATUKAN

    Datuk atau nenek yang dipertanggungjawabkan sebagai penjaga cucu. Gaya pendidikan ketara berbeza kerana jurang generasi.

No comments:

Post a Comment