Wednesday, May 2, 2012

Kanak-kanak dan Keluarga - Tanggungjawab Ibu Bapa

Ibu bapa bertanggungjawab memberi perlindungan kepada anak. Memberi nama yang bermakna dan mendaftar selepas kelahiran anak. Memastikan kesihatan anak-anak sentiasa terkawal dan jauh daripada penyakit. Amalan pemakanan yang seimbang kepada kanak-kanak. Memastikan mendapat pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak. Menggunakan cuti hujung minggu untuk aktiviti bersama keluarga. Cuti yang diberikan kepada bapa sewaktu isteri bersalin hendaklah dimanfaatkan bersama bayi baru dan urusan keluarga. Menabung masa depan anak terutamanya dalam aspek pendidikan. Berkomunikasi  menggunakan teknologi bagi memantau anak di rumah atau di taska. Menjadi rakan kongsi dalam pengurusan dan pembelajaran anak di taska atau tadika. Sebagai sumber kepakaran yang boleh dirujuk oleh pihak pengurusan taska dan tadika. Gaya mendidik keluarga adalah berbeza dan secara tidak langsung mempengaruhi diri kanak-kanak. Ahli keluarga terdekat terdiri daripada adik beradik sebelah bapa atau isteri. Ahli keluarga yang terdekat bertanggungjawab menjaga kanak-kanak yang ketidaan ibu bapa disebabkan kematian atau akibat penyakit kronik. Terdapat beberapa gaya asuhan yang dipraktikkan oleh ibu bapa mendidik anak, ia itu autoritarian,  permisif, autoritatif dan demokratik. Ia memberi kesan kepada anak.

Autoritarian

Ibu bapa yang mengamalkan gaya mendidik cara ini mempunyai
- harapan yang tinggi kepada anak-anaknya
- sentiasa mengongkong dan menghadkan perlakuan anak-anaknya
- tidak ada masa untuk menerangkan peraturan dan selalu membuat kenyataan  
  tanpa perbincangan.
- mematuhi arahan  tanpa sebarang alasan
- mementingkan hukuman dan dendaan dalam bentuk fizikal


Contohnya:  “Buat apa yang saya suruh sebab saya suruh kamu.”

Kesannya;
·         Kanak-kanak mudah tertekan dan merasa bimbang
  • Tidak suka bergaul dengan orang lain
  • Kanak-kanak tidak bebas memberi pandangan sendiri
  • Banyak bergantung dan tidak boleh berdikari

Permisif

Ibu bapa yang mengamal gaya mendidik cara ini
- merujuk kepada corak asuhan yang pasif
- biasanya tidak mengawal tingkah laku anak-anaknya.
- memberi banyak pilihan dan tanggungjawab kepada anak-anaknya.

Contohnya: ”Mereka akan belajar melalui kesilapanya.”

Kesannya;
Kanak-kanak yang diasuh dengan gaya permissive:
  • Suka bergantung pada orang lain
  • Tidak matang dan suka mengikut gerak hati
  • Tingkah laku rosak dan tidak tahu batas sempadan peraturan.


Autoritatif

Kebanyakan ibu bapa mengamalkan gaya mendidik cara ini. Ibu bapa
- memberi masa untuk menerangkan peraturan tetapi masih menekankan peraturan.
- meluangkan masa untuk mendengar pandangan anak.
- umumnya kanak-kanak mendapat banyak faedah menerusi gaya mendidik cara ini kerana dapat memahami batas sempadan mereka dan merasa lebih selamat.

Contohnya: “ Cuba beritahu apa perasaan kamu bila kita berkongsi mainan?”

Kesannya;
Kanak-kanak yang diasuh dengan gaya autoritatif:
  • Dapat memahami batas sempadan mereka
  • Merasa lebih selamat dan cepat matang
  • Bersifat berdikari, bertanggungjawab dan mendesak.

Demokratik

Gaya asuhan demokratik lebih berdiplomasi dalam mendidik dan membentuk tingkahlaku anak-anak. 
- Peraturan yang ditetapkan dalam keluarga difahami dan dipersetujui bersama.
- Anak-anak bebas memberi pandangan dan berbincang bersama keluarga
- Hukuman berbentuk fizikal dielakkan
- Jika mahu menghukum, alasan yang munasabah diberikan
- Tujuan hukuman adalah untuk mendidik anak-anak bukan tujuan mendera
- Komunikasi mesra dan terbuka antara anak-anak dan ibubapa wujud.
- Pandangan setiap ahli keluarga dihormati dan diambilkira dalam mengambil sebarang keputusan.

Contohnya: “Kamu telah membuat kesilapan, terlanggar pasu hingga pecah. Cuba sama-sama fikirkan supaya  tidak  terlanggar pasu itu.”

Kesannya;
Cara gaya asuhan ini akan membentuk kanak-kanak:
  • Berani berkomunikasi dan menghormati orang lain
  • Mesra, penyayang dan stabil dari segi emosi dan tingkahlaku
  • Kanak-kanak perempuan berkemahiran berbanding kanak-kanak lelaki

No comments:

Post a Comment