Wednesday, May 2, 2012

Kanak-kanak dan Keluarga - Tanggungjawab Masyarakat

Terdapat beberapa peranan masyarakat kepada keluarga:
a. Sebagai rakan kongsi
·         Sebagai rakan kongsi, masyarakat mewujudkan hubungan kerjasama bersama keluarga. Hubungan ini wujud dengan
-               jiran tentangga,
-               komuniti setempat,
-               sekolah,
-               institusi agama dan sebagainya.
        
          Di dalam suatu kawasan kejiranan, ahli keluarga berkongsi menggunakan 
          kemudahan-kemudahan awam seperti surau dan masjid juga rumah ibadat untuk   
          aktiviti keagamaan.

Keluarga juga berkongsi menggunakan sekolah dan tempat rekreasi untuk tujuan aktiviti pendidikan dan riadah. Selain berkongsi kemudahan fzikal, masyarakat berkongsi dengan keluarga dari segi sokongan moral dan emosi.
Jiran tetangga misalnya akan turut membantu sekiranya keluarga mengalami kemalangan dan kesusahan. Mereka juga akan turut bersedih sekiranya terjadi sesuatu kematian dalam sesebuah keluarga.
Persekitaran keluarga bukan hanya tertakluk kepada masyarakat sekitarnya sehaja, malah termasuk juga sistem politik. Dalam hal ini, keluarga turut berkongsi undang-undang dan peraturan. Sebagai rakan kongsi dalam sesebuah sistem politik, keluarga perlu mamatuhi peraturan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan seperti membayar cukai, mengundi semasa pilihanraya dan menunjukkan kesetiaan terhadap negara.

b. Menyediakan perkhidmatan
Jalinan hubungan yang wujud antara keluarga dan masyarakat melahirkan kerjasama yang erat dalam pelbagai bentuk. Misalnya keluarga bekerjasama dalam bentuk ekonomi. Sebagai pengguna, keluarga memerlukan barangan dan perkhidmatan dalam pasaran terbuka. Oleh itu, institusi ekonomi seperti pasaraya dan komplek membeli, serta perkhidmatan perbankan dan kerajaan menyediakan sumber seperti makanan, pakaian dan kewangan.
Selain itu, keluarga juga menyediakan sumber yang produktif dengan kadar pertukaran yang berpatutan. Melalui sektor perkhidmatan, keluarga membekalkan sumber tenaga manusia dan buruh bagi keperluan mempertingkatkan ekonomi.

c. Kolaborasi
Sebagai satu unit asas yang terdapat dalam masyarakat, keluarga perlu mewujudkan jaringan bersama institusi lain. Jaringan kerjasama serta dan kolobarasi yang wujud dengan masyarakat sangat penting bagi membantu keluarga berfungsi dengan baik. 


Disamping peranan-peranan diatas, di antara tanggungjawab masyarakat kepada keluarga adalah:
  • Masyarakat hendaklah memberi peluang kepada kanak-kanak mendapat pendidikan yang sesuai dengan budaya setempat dan keperluan untuk masa depan kanak-kanak.
  • Kemudahan awam hendaklah disediakan untuk kanak-kanak seperti taman permainan yang selamat dan perpustakaan yang berhampiran dengan tempat tinggal
  • Masyarakat hendaklah perihatin dengan kebajikan kanak-kanak khususnya kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai tempat bergantung, terutamanya bagi  mereka yang kehilangan ibu dan bapa.
  • Peranan media contoh Rancangan TV  hendaklah berbentuk kesedaran keatas dunia kanak-kanak menggabungkan pembelajaran dalam hiburan
  • Membenarkan kanak-kanak melawat ibu atau bapa di tempat tahanan
  • Membina tempat tinggal untuk anak yatim dengan bantuan agensi kerajaan dan badan sukarela seperti mana yang ternyata dalam Akta Perlindungan Kanak-kanak
  • Majlis Perbandaran Tempatan hendaklah menyediakan senarai taska dan tadika yang berdaftar untuk kegunaan masyarakat setempat.
  • Majlis Perbandaran Tempatan menyediakan pusat kesihatan seperti Klinik Keluarga yang menyediakan kemudahan pergigian, memberi suntikan bayi dan lain lain.


1 comment: