Wednesday, May 9, 2012

Persekitaran Pembalajaran


Persekitaran pembelajaran merujuk kepada keadaan fizikal tempat murid-murid belajar dan guru mengajar. Persekitaran fizikal mempengaruhi pembelajaran murid dan juga pengajaran guru. Susun atur, pengurusan, saiz, kepadatan, tahap bunyi dan juga warna bilik darjah secara tidak langsung mendorong tingkahlaku murid dan guru.

Kesan tingkahlaku murid terhadap persekitaran pembelajaran yang kondusif:
·         Interaksi positif di kalangan murid.
·         Agihan bahan dan peralatan mencukupi tanpa berebut.
·         Pemilihan bahan dan peralatan membantu penigkatan kognitif.
·         Membantu perkembangan motor kasar dan motor halus menerusi peralatan yang mencabar.
·         Membolehkan murid memilih sendiri dan menggalakkan berdikari.
·         Kemudahan bahan dan peralatan meningkatkan kemahiran dan kecekapan murid.
·         Mendidik murid bertanggungjawab menyimpan bahan dan peralatan ditempatnya.
·         Kanak-kanak terlibat secara aktif apabila matlamat ruang di bilik darjah dijelaskan.

Kesan tingkahlaku guru terhadap persekitaran pembelajaran yang kondusif:
·         Kemudahan bahan dan peralatan yang diperlukan murid memudahkan guru mengajar.
·         Suasana persekitaran yang menarik dan kondusif dapat memberi keselesaan guru mengajar.
·         Keperluan personal dan profesional perlu dipenuhi untuk keselesaan guru mengajar.

Kanak-kanak merasa selesa dalam persekitaran yang mesra dan ceria dari segi susun atur ruang dalam dan luar bangunan. Peralatan perabot yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan saiz dan keperluan kanak-kanak. Pemilihan bahan pengajaran meliputi bahan konventional dan bahan teknologi dapat mempengaruhi perkembangan kognitif dan interaksi kanak-kanak. Persekitaran yang kondusif dapat mendorong inisiatif pembelajaran yang positif.

SUSUN ATUR PERSEKITARAN FIZIKAL
Penyusunan persekitaran dalam bangunan perlu mengambilkira bahagian yang kekal seperti saiz dan bentuk bilik, kedudukan tingkap, dan bahagian yang sedia terbina seperti kabinet. Manakala bahagian yang boleh dialihkan seperti peralatan dan bahan, warna dan tekstur.

No comments:

Post a Comment